background

Monday 12 February 2018

NZ Summer Roadtrip (24/11/2017-10/12/2017)


سم الله الرحمن الرحيم
 (Day 8-1/12/2017)

Hari ni bangun awal. Sebab flight ke South (Christchurh) at 6.35 pagi. So Ain tempah shuttle 4.30pagi. Dan shuttle tu sangatlah on time. Huhu. Lepas few stop ambil orang, kami terus menuju ke airport. Domestic flight tempat lain dari international flight. Bukan beza gate macam airport kita. Maybe lebih kurang KLIA ke KLIA2 jaraknya tu.

Sampai airport kami check in. Tapi tak boleh check in kat kiosk sebab ada baby. So kena beratur. Surprisingly, panjang pula barisan pepagi ni. Masa ni kejadian tak best berlaku. Selalunya Ain cakap dorang tak cek pun berat hand carry, tapi kali ni semua handcarry dorang timbang. Dan kami punya of course la lebih 7kg. Mine was about 9kg. So mana-mana yang lebih kena keluarkan barang dan timbang semula, baru dapat hand carry tag. Nasib baik kawan ain yang fly ke south sama flight ngan kami tu beg ringan, so ada yang kitorang tumpang kat dia. Yang dalam beg pek, kami buang je dulu barang, lepas dah dapat tag, masukkan lah balik. Haha. Dia dah tak cek dah lepas tu. Yang paling tak best adalah carrier nuqman tu tak boleh naik atas dan dikira as handcarry because it's too big katanya. So kena timbang dan of courselah kena caj. 60nzd just for that. Sama dengan harga tiket return kitorang nampaknya. Huhu. Tapi kami decide untuk kongsi caj tu. Atleast tak sampai 10nzd je sorang kalau kongsi kan. Kalau dorang bayar sendiri, banyak shot bajet tu. Alhamdulillah semua dalam trip ni jenis tak berkira. Adat berjalan kena banyak berlapang dada tau. Kalau semua pun nak berkira, jenuh jugak lah. Kalau pesen tu, sila travel sorang-sorang. Tak sakit hati dan tak menyakitkan hati orang. Eh, panjang lak cerita check-in ni. 

Sementara tunggu adjust beg dan settle bayaran terlebih luggage, borak-borak dengan tourist chinese dari Malaysia. Dorang sewa van dan drive sendiri. 2minggu travel south sahaja. Dah berumur juga dorang ni. Agak2 kalau da tua kang, larat tak ya nak jalan macam dorang ni?

Lepas selesai check in, kami terus masuk gate. Bagi orang yang online check in, dorang dapat info check in kat gate lain. Tapi sebenarnya kat gate yang kami tunggu tu. So masa menunggu, adalah nampak lagi Malaysian dan tanya betul ke ni gate flight ke chc. Kami tunggu tak lama, terus beratur for depart. 

Sesi adjust beg.



Ready for departure
Flight Auckland ke Christchurch mengambil masa selama 1jam 30minit. Sila jangan tidur ya especially dah dekat2 time nak landing. View dari atas seriously lawa. Banjaran gunung with snow cap. Nice sangat. Kalau boleh, sila pilih seat tepi tingkap ya. Me, my sister memang bagi canla ambik seat tingkap. Dorang dah biasa tengok. By the way, Aisyah ikut untuk trip ke South ni.


Cantik kan kan kan?

Arrive

Kat airport chc ni takde security cek beria pun. Sampai je  trus claim baggage. Pastu Ain, Aisyah ngan Faiz pegi ambil kereta. Kitorang tunggu jelah kat airport tu. G toilet semua dulu. Lama juga urusan ambil kereta, setengah jam jugala kami tunggu. 

Kami ambil 2 kereta. 1 sedan, 1 compact. Sebab MPV macam tak sesuai sangat dengan barang dan orang yang ramai. Adik cakap takut nanti pack dan jalan bersimpang siur tu menyebabkan orang yang duduk row belakang sekali muntah2. 2 kereta lebih selesa dan senang handle. 

Nak naik kereta, si kenit pulak berak. Haha. Tapi nak basuh kat situ memang tak boleh sebab area tu tak boleh park lama. So kami bergerak dulu, pastu singgah pam minyak dekat area airport untuk basuh. Me satu kereta dengan Faiz, Emi & Nuqman. Ain ngan Aisyah 1 kereta dengan makcik & pakcik. Dorang tak nak pisah kereta. Haha. Layan yo lah. 

Lepas tu, kami terus ke Re:Start Town. Re:start town ni dibina lepas chc kena gemba bumi pada tahun 2011. So banyak bangunan yang roboh. Memang kesan-kesan tengah dalam construction tu sangat banyak lah kat sekeliling. 

Kat sini kena pandai cari parking. Kalau boleh cari yang free parking. Kalau ada tanda $, tu means berbayar, kalau macam gambar bawah ni, maksudnya boleh park free untuk 120minit. Kami banyak jumpa yang free 15minit je, takpun yang berbayar tapi 60minit je. Kitorang nak yang 2jam, at least tak payahla pindah2 kan. Kang kalau tak ikut, takut kena saman. Huhu. Selepas bergigih keluar masuk dan pusing2, end up kami decide untuk parking dalam area parking lot berbayar sebelah dengan container mall. 

Kalau kena bayar ada simbol $, 120 tu means 120minit

Masa ni Nuqman tidur, so Faiz tunggu dalam kereta, kami jalan dulu. Kami jalan sekitar container mall ni, pastu lepak-lepak tepi Avon River. Air jernih gila, sejuk tak yah cakap lah. Masa ni Ain dan Aisyah g beli pizza kat area container mall tu. Semua dah kebulur, bangun dari pukul 3lebih kan. Lepas makan pizza tepi avon river, kami jalan lagi nak cari signage Re:Start Town tu tapi rupanya signage tu dah ditutup untuk construction. So kami teruskan jelah jalan2 sekitar re:start town ni. Tengok building2 yang tinggal rangka, ada kesan runtuhan. Ada yang dah dipagar untuk proses pembinaan semula. Kami jalan sampai area trem untuk ronda sekitar re:start town dan church yang runtuh tu. Lepas tu patah balik sebab nak singgah ke souvenirs shop kat container mall tu. Makcik pakcik tak join jalan sebab makcik dah tak ketahuan tengok kedai-kedai souvenirs area container mall tu. Haha. Sabo jela. Meh layan gambar sekitar Re:start town.


Kesan runtuhan dan dalam proses pembinaan

Avon River: Crystal Clear Water

Vege Pizza for us

In construction

Trem yang bawa tourist lalu sekitar re:start town.

Church yang runtuh masa earth quake

Giant Chess

CHC signature


ATM in container

container mall. Dah dihentikan operasi pada 31 Jan 2018 untuk pembinaan tapak pasar pula. Nasib baik sempat datang. hehe

Lepas shopping sikit kat souvenirs shop, terus rush ke car park sebab dah nak cukup 2jam. Nanti kang kena tambah duit lagi. Nuqman still tidur so Faiz tak dapatlah explore Restart Town. Tengok video dalam hp jelah. Kami teruskan perjalanan ke Pak & Save untuk beli stok makanan. Sebab dah makin ke bawah, makin susah nak jumpa ayam halal. So kami beli semua keperluan barang basah kat sini je, senang. Since makcik nak cili sos, so ain & aisyah ke asian market untuk cari sos sebab kat Pak & Save ni takde cili sos macam tempat kita tu. Huhu. 

So, kitorang jelah beli barang keperluan. Makcik pakcik beli barang personal macam-macam juga. Nak kek and roti macam-macam tapi tak berani nak ambil sebab tak tau vegan ke tak. Kitorang fokus beli barang untuk masak jelah. Yang tak sure tunggu je Ain dan Aisyah sampai. Tiba-tiba makcik pakcik datang dengan auntie mana ntah, Malaysian yang dah lama menetap kat christchurch. So makcik tanya auntie tulah apa boleh apa tak boleh. Gigihlah tunjuk ayam bagai. Ku layankan yo lah. Sebab memang dah tau mana yang ok dan yang tak. Emi dah terkujat tak tau nak respond apa bila mak dia bawak jumpa auntie tu. Haha. Auntie tu dok cerita dia ambil tempahan food untuk tourist Malaysian, ada homestay dan kereta sewa juga. Siap suruh singgah rumah, tapi manala sempat. Haha. Lepas ain & aisyah sampai, kitorang teruskan selesaikan shopping makanan pastu terus ke masjid untuk solat. 


antara stok makanan basah

solat zohor asar

jumpa Malaysian masa solat sini.
Lepas solat, kami teruskan perjalanan ke Lake Tekapo. Sampai kat mana ntah, Aisyah berenti kat Stesen minyak. Dia ngantuk dan minta tukar driver. So ku drive & kenalah sorang dari kereta dorang masuk kereta Emi. So pakcik pindah ke kereta emi. Kitorang berempat satu kereta. 

Serba salah tau drive sini. Jalan dahla lurus, kereta tak banyak, tapi tak boleh lebih 100km/j. Stress nak maintain speed limit, dahla jpj kat sebelah asyik dok jenguk tengok speed je. Adoi. Bila nak sampai area lake tekapo, drive dah jadi tak ketahuan dah. Haha. Sebab mata dok melilau kiri kanan. Pokok lupin banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk gila. Cantikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk. HAHAHAHAHAHAHAHAHA. 
Tak nak lah cite panjang, jom layan gambar. 






I love this view

Peristiwa posing berbagai semata takmau chinese tourist conquer

Rasa tak mau balik

Good Shepherd Church

Beautiful Lupin

Ada insiden fon jatuh dalam rimbunan pokok lupin ni. Jenuh cari. Berdebar oi. Nasib baik jumpa.


Puas hati ok dapat tengok lupin banyak-banyak ni

Masa kat Lake Tekapo ni pun, dok tak puas hati dengan pelancong China. Dorang ni memang kurang adab agaknya ya. Suka meniru. Mana spot yang dia tengok kita ambik gambar, dia akan ambik juga kat situ. Dahla tak menyabo. Tak dan kita abis bergamba dia dah sedia menyelit tepi sampai akhirnya, kita pulak terkeluar dari situ dan dia pulak conquer. Adoi. Tu yang masa kami ambil gambar kat atas bukit ada replika wolf tu, kami duduk atas tu lelama, sampai dorang tak boleh conquer sebab benda tu kena panjat dan sempit je. Padahal takde orang pun pegi situ, bila tengok kami naik situ, segerombolan dorang lak datang. Ish ish. Selesai bergambar, kami ke i-site Lake Tekapo. Dah nak maghrib pun masa tu. Ramai betul photographer tengah standby depan Good Sherpherd Church nak ambil gambar sunset. 

Kat i-site tu tumpang toilet. Haha. Kat sini kejadian lawak berlaku. Toilet dia canggih sangat. Ada robot cakap2 tu. Semua benda main button je. Tekan butang, pintu buka sendiri. Dahla salah baca instruction. So cepat2 buat urusan sebab takut pintu tu terbuka sendiri. Haha. Rupanya dia akan buka sendiri after 10minits kalau tak keluar2. Adoi. Sabo jelah. Habis basah seluar rushing punya pasal. Lepas dah faham, mengekek2 ketawa. Dari Lake Tekapo ni, Aisyah drive sampai ke Twizel. Kami stay kat twizel 2 malam. 

Bila sampai homestay kami, ada kejadian tak best berlaku. Sebab rumah tu lampu menyala. So risau double booking. Bila buka gate dan park kat back yard, nampak sliding door dia terbuka sikit. Adoi. Kalau double booking memang naya la kami. Dahla masa tu dah pukul 10malam. Penat oi. Dari pagi keluar rumah. So Ain call owner tanya berkaitan booking kami. Dipendekkan cerita, sebelum kami masuk, ada Malaysian yang book for 1 night. Tapi tinggalkan rumah dengan lampu kipas heater tak tutup, pintu tak tutup, sampah tak buang, katil tak kemas, tempa tidur depan pintu tak kemas, cd/dvd berselerak, pinggan gelas periuk masak maggie melekat2 dalam sinki tak basuh. Memang bengang gila kot. Masa tu ada rasa doubt sikit, betul ke Malaysian? So ku jenguk2 tong sampah tu, sekali nampak sesuatu. Plastik warna kuning hijau. Bila tarik...jeng jeng jeng...MAGGIE PERISA AYAM...halal jakim dan semua tulisan BM. So, sahlah orang Malaysia. Memalukan betul. Owner tu tak tau kami Malaysian juga sebab transaction dan hp no semua NZ punya sebab pakai my sister punya details kan. Owner tu cakap, once a year memang akan ada jadi macam ni & happen to be, once untuk tahun ni Malaysian la pulak. Hadeh. Owner insist nak bagi free 1 night stay, so dia pulangkan balik payment 1 malam kami, so bayar 1 night je. Upah kitorang kemas chaos hamba Allah mana buat tu lah. Si Faiz sampai tak boleh move on nak cari sape yang buat hal ni, sebab dia yang tukang sental periuk yang dorang guna tu. Semoga dorang kena panelti sebab tak kemas rumah. Padan muka.

Rumah kami ni sangat best. Ada 4 bilik. So 1 bilik belakang yang huru hara tu kami tak pakai. Dengan bau kepam nya. Ni dorang guna kot. Bilik lagi 3 elok je kemas dan macam tak berusik. Maybe juga sebab ada yang tidur kat ruang tamu dan tak kemas. Kunci pun tak masuk betul2 dalam security box tu. Ape punya manusia la takde manner. Dahla rumah ni serba serbi ada, siap ada sediakan teleskop untuk stargazing lagi. Basikal ada 5buah, board game penuh 1 almari siap fire cracker skali (tapi rasanya stok fire cracker dah habis sebab tak jumpa). Malam ni kami yang kebulur masak simple jelah untuk makan malam. Masak nasi dan goreng telur. Makan dengan sambal ikan bilis yang makcik bawak dari Malaysia. Pastu sedia bahan untuk masak spagetti goreng untuk makan esok pagi. Esok pepagi baru goreng sebab dah tak larat. Huhu. Lepas dah selesai semua, tidur. What a long day, full of adventure & a dream comes true (nak tengok lupin). 


Pintu pun tak tutup.

Tempat tidur depan pintu tak kemas

Sampah tak buang, mug dan periuk dalam sinki tak basuh

sempat lagi faiz setting teleskop nak tengok star sementara tunggu nasi masak.

No comments:

Post a Comment