background

Thursday 23 May 2013

Reflection Of Baitul Muslim 2.0 Part 2


Sambungan reflection Baitul Muslim. 

2nd Slot of Program Baitul Muslim disampaikan oleh Ustaz Mohamad Ridhauddin Mohd Salleh..Dia  banyak ulas fact about men & women based on buku John Gray and buku Allan&Barbara Peace, di sincronizekan pula dgn ayat2 Al-Quran, mm..Lelaki dan perempuan memang berbeza, huhu..well..everybody knows it but little to know how to handle the differences

Female brain consist lots of thing and task but male didominasi sex. Estrogen relates to loyalty, testosteron for sexual, hmm..agaknye sebab tu ramai orang perempuan kalo mati laki sampai ke matila tak kawen2 tapi laki, agak payah kot, copek ajo carik gantinyo. Yang ado tercongok pon diberi madu, yang tak ado, apotah lai. muahahaha..mamfus den kene marah ngan orang noghori semilan ni ha!

Punca rumah tangga porak peranda adalah kerana nakhoda takde arah tuju nak bawak kemana rumah tangga tu. orang kawen, den pon kawen jugakla. bole dapat “maid” dengan membayar downpayment 10K tu. sume ada orang tolong buatkan. makan pakai terurus. tidur pon berteman, lg best dari hire maid indon kan..muehehehehe

Kahwin untuk memberi, isteri..berilah ketaatan pada suami. Suami, berila syurga pada isteri. hmmm, tingat buku ustaz hasrizal la pulak, erti hidup pada yang memberi…kalo dua2 sama2 memberi, tak dela yang akan rasa kekurangan kan. yang rasa aku je bagi lebih, wat itu ini, die takde contribute sangat pon..huuuu

Walaupun syurga isteri terletak bawah tapak kaki suami, tapi hincik2 suami kena hengat, kunci neraka suami ada pada isteri kalau tak didik isteri dengan baik, Kata Ustaz Ridha ni..taat pada suami dengan hati, bukan dengan akal. hmm..ape maksudnye ye kawan2??hihi, mari sama2 kita fikirkan. Tapi mungkin maksudnye, kalo taat dengan akal, banyak sangat fikir logik and try to justify things yang akhirnya boleh menyebabkan isteri tak mau taat lagi pada suami, bila ikut logik semata, mungkin keluarlah bab ala2 persamaan gender, mungkin itulah maksudnya kot? pendapat diri sendiri la ni...hmm..kna study lebih lagi nak pahamkan maksud ustaz untuk point ni

Solusi untuk pengurusan jiwa:-
1)      Mintalah fatwa dari hati
2)      Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri & hati merasa tenang dan tenteram terhadapnya dan dosa itu ialah suatu perkara yang bergetar dalam dirimu & teragak2 dihati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu. (Hadis Riwayat Ahmad, 17545)

Hmmm…hati ni fitrahnya baikkan tapi bila lama2 kita ignore xbagi dia “makan” food for soul jadilah keras. Buat dosa pon da tak rasa ape, huuu..takutnya…ustaz Ridha tanya, kenapa hati tenang bila dengar bunyi2 alam?sebab dorang sume berzikir pada Allah. hmm..A’la bizikrillah thatmaul qulub. hadis ke ayat quran tu yeh?ooo…kelupaan..kelupaan…

Tolong sediakan hati, buka hati untuk Allah, Allah buka hati manusia untuk kita. Dari Allah kita datang..pada Allah kita kembali


Cara urus hati:
1)      Jadi soleh/solehah
2)      Jadi soleh/solehah
3)      Jadi soleh/solehah
4)      Jangan guna akal untuk mencari, guna hati untuk berfatwa..(tapi hatinya hati yang bersihla kan)
5)      Buat perjanjian “kesetiaan” –ape kebenda ni?kata ustaz..stakat yg den igatla..kalau contohnyela kita ada pasangan, berjanji akan setia kerana Allah. dok jauh ke..benua lain ke..ape ke..idokle risau..nak kena contact selalu, itu & ini, that leads to point bawah ni for those yg xkawen lagila
6)      Jangan mulakan dengan langkah syaitan

Men are by nature are not loyal, what can make them loyal is AGAMA, jadinya kena carik yang beragamala kan. huuu…beragama in literal memang berkoyan2la tapi yang mengamalkan apa yang agama nak tu susahnye nak carik, hmmm, sebab tu bila orang cakap den memilih sangat kot? huuu, memang kena pilihkan? silap pilih, merana idup den, sapa yang tanggung?dennnnnnn jugak! orang bole tolong tengok n tolong cakap kesian jela. nak buat ape lagi kan? bab2 rumahtangga ni susah nak komen lebih2, talking about pilih, kalu btol2 la nak ikot strictly pilihkan, hmmm…den nak laki yg “light sleeper”..haa..ada ke istilah homputih camni?sukati aku je buat word baru! dengan kata lain yang tak tido mati, sebab ape?kalu jenis tdo mati, agak2 subuhnya asik gajah or qada’ je ke memanjang?haa, itulah contoh benda yang den fikir. Takdok sapo pon yang tau before nih, sbb tak rasa pon nak menghighlight sampai tahap macam tu. huhu..tapi bab memilih tu is not the case pon kalu kat den ni. takde org pon pilih den, cemane den nak pilih pulak kan??kekekeke

Banyak btoi meraban, dua benda tak tulis lagi. Mulut lelaki dihati, hati perempuan dimulut. huhuhu…makan dalam beb statement nih but that’s the fact. orang perempuan ni slalu guna word "sharing is caring" le katekan, hihi…

Wanita, solat,puasa,jaga maruah,taat pada suami, masuklah mana-mana pintu syurga yang nak. huuu…susah nak buat kan, well…nak syurga, memangla tak mudah. kakak usrah penah bagitau, masa Allah ciptakan syurga dan ujian2 utk masuk ke syurga n suruh malaikat tengok, malaikat cakap, kalau inilah ujiannya, pasti ramai yg tak nak msuk syurga. Pastu Allah tunjuk pulak neraka n ujian2 untuk masuk neraka, malaikat cakap,  pasti ramai yang masuk neraka, sebab ujiannya sume “best2 n nikmat2” belaka. huuuu….jadi, perlu mentarbiyah hati ni. Berusaha utk jadi isteri yang solehah..taat dengan suami walopon susah. InsyaALLAH..kalau ada rejeki jadi isteri 1 fine day lah kan. uhuk…tak berani nak komen lebih sebab tak jadi kat diri sendiri lagi. things are always easily said than done afterall…huhu =)

.....Sambungan Part 3....
(Entry based on slot, senang nak ulangkaji)

2 comments:

  1. Hmmm...susah nak taat pd laki ni.As usual anak sulung selalu nk org ikut cakap kite.Tp bile degil tu, rase Ya Allah bdosenye aku...selalu menyesal xnak buat lg atlast tdegil jgk...mmg susah nk jdik taat n patuh.Sbb tu bkn senang nk jdik isteri ni...
    Mmg laki mulutnye di hati.Diam2 die terase..hukhuk.sedey den...(btw,u punye n9 slang is better than mine..kekeke.i tahu satu word tu je)

    ReplyDelete