background

Wednesday, 28 December 2016

Wonderful memory #tripkaripastijadi to Kashmir & IndiaGoldenTriangle (Episod 5)

سم الله الرحمن الرحيم


Hari ke 6 (21 September 2016)
Harini tak perlu bangun awal sangat macam hari-hari sebelum ni. Flight ke Delhi at 11.45pagi tapi Irfan kata by 7lebih gitu kami perlu gerak ke airport. To be safe kan. Pagi ni breakfast macam biasa. Sayu je rasa dah nak tinggalkan Kashmir. Sambil-sambil makan ni dok cakap, nanti kat Delhi takde dah labu labi & Irfan yang boleh layan kami macam-macam. Huhu. 
Before balik, ambil gambar & video last with Irfan, Salim & Noora. Menikmati perasaan & pemandangan naik shikara for the last time. Semua rasa ada. Huhu. Masa gerak ke airport ni boleh tengok pekan Srinagar yang hidup. Orang berniaga kat tepi-tepi jalan. Lain suasananya compared to hari pertama kami sampai. 
Last Shikara Ride
Masuk je kawasan airport, semua kena turun & bawa beg masing-masing untuk cek. Ni baru kat pagar airport tau. Belum dalam building aiport lagi. Jadi, memang patutlah sampai airport 3,4 jam awal dari waktu berlepas. Lepas dah settle kat situ, angkut beg semua, masuk kereta balik untuk bergerak ke bangunan airport. Sampai sini Irfan drop kami, salam-salam semua, dia terus chow. Kami suruh tunggu tapi dia kata tak boleh. Muka dia pun nampak sedih juga. Hukhuk. Bye-bye Irfan yang helok! till we meet again. 
Lepak-lepak dulu before dapat masuk airport

Lepas Irfan pergi, maka tercagak-cangaklah kami kat area depan airport tu. Beratur nak masuk airport kononnya, tapi rupanya kami tak boleh masuk lagi sebab masih awal. Rules kat sini kita hanya boleh masuk 2hours before waktu berlepas kita. Makanya, kami pun berbondong-bondong melepak kat kawasan padang depan terminal. Memang tu port orang melepak sementara tunggu masa boleh masuk dalam building airport. Masa dok menunggu ni, rasa nak ke toilet. Tapi toilet dalam airport. So kena bagitau polis/tentera yang jaga nak masuk g toilet. G toilet pon kena scan2 juga sebab nak masuk kawasan airport kan? Dahla tanya dalam bahasaHindi nak g mana? Nasib baik dari kecik sampai besar dok tengok cerita Bollywood, makanya bolehla faham dan jawab. Haha. 
After check in.
Dah cukup time, kami pun berbondong-bondong masuk. Maka bermulalah adegan security cek yang berlapis-lapis ni. Jenuh cek oi. Cek yang last skali before ke gate paling hebat. Semua benda dalam handcarry dia minta keluarkan. When i said semua, it means SEMUA. Dari sekecik-kecik benda, hingga sebesar-besar benda. Pastu yang dia tak tau apa, dia tanya lah. Kamera kena on dan tunjuk gambar-gambar. Tak delah semua gambar dia nak tengok. Masa ni GoPro Zaha ada ngan aku. Nasib baik orang tu tak minta on, kalau tak menggagau tak reti. Haha. Lepas cek yang ni, last skali ada cek point lagi satu just before masuk kawasan gate. Tapi ni just nak tengok semua beg kita da ada tag menandakan semua benda dah fully cek. Aduhai. Kalau tak sabar, mau amuk nih. Tips yang paling penting, silalah cek in semua barang kalau tak mau buat adegan lipat kain kat table security. Barang-barang penting je yang bawa handcarry. Rasanya total security cek dari pagar airport sampai masuk flight ada 7. Haha. Sila tabah!!

Lepas semua orang da selesai last security cek tu, kami terus tuju ke Gate. Masa flight lama lagi. Sempat lagi budak-budak ni cari makan. Just nak share pasal dia punya toilet. Siap ada orang yang hulurkan sabun, hulurkan tisu bagai. Masa aku tu, makcik jaga toilet tu dok tanya, dok puji2 kita, pastu dia cakap "i'm a poor old woman", maybe dia nak tips kot. Tapi masa tu tak bagi pun. Masuk toilet tak bawak purse pon. Huhu. 

Perbincangan nak tambah Kg luggage Del-Kul..haha
Jam 11.45pagi, maka berlepaslah kami ke Delhi. Sejam kemudian sampai. Maka bermulalah pengembaraan di Delhi pula. Keluar dari airport, cari information counter tanya mana bas yang boleh naik untuk ke Metro Station. Orang tu cakap bas Biru, free je. Tapi masa kami naik bas, kena bayar Rs 30. Ni bas lain kot. Tapi nasiblah masih hantar kami ke Metro Station. Huhu. 
Sampai Metro Station, seperti biasa, kena scan beg bagai, pastu beli tiket untuk ke NDLS. Train station dan keadaan dalam train ni rasanya sama macam naik KLIA Transit tu. Selesa & Bersih. Masa kat sini thirah tercicir duit Rs500 kot. Aduhai. 

Sampai je Station New Delhi, bermulalah pengembaraan kami. Hon merata-rata, nak lintas jalan pon ngeri, orang ramai bersesak-sesak dan yang paling win sekali, bau hancing yang menusuk ke kolbu terpalingggggggg dalam. Aduhai. Serious muka tak boleh nak control. Tengah menaip skang ni pun masih terbau-bau lagi kehancingannya. Masih ingat lagi tepi jalan ada pondok macam untuk orang kencing tapi nanti airnya mengalir merata-rata ke jalan sebab bukan ada saluran khas pun utk halakan sisa buangan tu. Adoi.

Tiket bas ke Metro Station

Coin Metro

Dalam Metro

Kami perlu berjalan untuk ke kawasan hotel di Paharganj. Katanya 100meter, tapi i bet it's more than that. Jauh oi. Dengan beg berkilo-kilo kat belakang, keadaan sesak dan bising, memang kaki ni laju jelah jalan mengekor Ketua group. Kami menyusur deretan kedai, so sambil-sambil jalan tu, mata ni melilau juga tengok barang-barang yang di jual. 

Lepas ntah berapa lama jalan, akhirnya sampai juga ke Hotel. Aduhai. Penat. Relaks kat lobi sementara tunggu proses cek in. Pasport semua orang dia mintak masa cek in ni. Bilik hotel sini selesa. Since aku antara orang yang terakhir masuk, maka ikut ajelah mana Thirah dah masuk, maka itulah bilik kami. Bilik kitorang mengadap bilik Ibnor & Zaha. Bilik K.Maya & Nana kat sebelah, bersebelahan dengan bilik Zul, Qayyum & Jack. Luas biliknya. Kalau kami semua geng gegirl stay in a room pun muat sangat. 

Masing-masing dah jumpa bilik, maka semua pun dah nak landing. Freshen up. Ada kejadian kelakar kat sini..masa baru nak tutup pintu bilik, nampak Zaha & Ibnor tinggal selipar kat luar bilik. Gelak besar aku n Thirah. Org kampung mana mai Delhi ni buka selipar luar bilik hotel. Apa ingat ni Houseboat ke?hahaha..Thirah siap ambil gambar lagi sebagai bahan bukti dan balas dendam sebab zaha gelakkan kami pasal isu loceng bilik di Sonamarg tu. Haha. 1-1. 

Bahan bukti. Ada budak bukak & tinggal selipar luar pintu bilik hotel.  Haha
Lepas rehat, kami keluar cari makan. Melilau kehulu-kehilir. Ada restoran Veggie, tapi katanya tak mau, nak cari beryani. Street food tak berani nak makan takut sakit perut. Tengok keadaan tu, macam mencurigakan je part kebersihan. Huhu. Dok jalan rata-rata, decide cari masjid sebab mesti area masjid ada halal food kan? pastu berenti tanya orang sana sini akhirnya sampailah kami kat area kedai makan India Muslim. Baru aku tau tanda 786 tu rupanya tanda perniagaan tu own by India Muslim. Patutlah mamak ada yang tulis 786 ni. Yang aku tau lagu "786alhamdulillahsyukur" tu je. 

Maka kami pun masuklah 1 kedai. Sempit je kedainya. Ada 2 je meja makan. Briyani dia portion besar betul. Geng girls ambil 1 set Briyani ayam large portion. Harga baru dalam 150Rs kot. Tapi nasi menimbun. Bayangkan kami boleh makan 4 orang. Walaupun kedai tu kokak je, makan pun sambil rasa tersepit, geng boy siap kena makan kongsi table ngan local people lagi tapi rasa dia, PERGHHHHHH. SEDAP GILA!! Sambil makan tu sambil doa juga supaya tak sakit perut. Huhu. 
Briyani Ayam kami. Banyak Oi.

Sesi jual beli di jalanan.

Lepas makan, kami pun jalan semula dengan senang hatinya balik ke Hotel. Dok tengok kehidupan orang-orang Delhi. Sesak dan bising dah memang jadi kebiasaan mereka. Even bawa kereta/motor macam hape, hon sana-sini tapi accident takde pon. Masa g Chennai dulu pon sama, siap ada lembu lagi kat jalan raya. Tapi elok je takde kemalangan macam tempat kita.

Masa on the way balik hotel ni, jack, qayyum ngan zul nak singgah masjid. So kami geng girl balik dengan zaha & ibnor. Dah sampai hotel, Zaha, Thirah & Nanna nak g beli no. Phone Delhi. Me, K.Maya & Ibnor lepak2 kat lobi je. Borak2. Masa ni Ibnor ada tanya pasal hypertension, stress & blablabla. 

Lepas dorang settle beli no. Fon, kami naik bilik untuk rehat. Me & Thirah lepak bilik K.Maya jap. Masa dok borak2, Zaha mesej cakap Ibnor panggil nak cakap pasal sesuatu. Makanya ku pun keluarlah & bermulalah sesi perbincangan yang biarlah ku sahaja yang simpan. Dah settle kat situ, masuk lepak balik bilik K.Maya, tumpang solat semua. Pastu melepek kat bilik sendiri pulak. Tengah melepek ni, ada orang ketuk pintu. Rupanya Zaha bagi kek dia dapat/beli kat bawah masa g settle bayaran hotel. Pastu buat aduan pasal tax 18% tak include dalam bayaran masa book hotel rupanya. So kami ada additional chargela maksudnya. Huhu.

Malam tu kami tak buat apa sangat. Just rehat kat bilik. Upload gambar kat fb. Almaklong..free wifi. Haha. Esok kena bangun awal nak menapak ke NDLS..train ke Agra pukul 5.15pagi dan kami plan untuk start jalan by 4am. Maka haruslah tidur awal malam ni. Zzzzzzzz...


End of day 6




Tuesday, 27 December 2016

Wonderful memory #tripkaripastijadi to Kashmir & IndiaGoldenTriangle (Episod 4)

سم الله الرحمن الرحيم


Hari ke 5 (20 September 2016)
 Bangun seawal 3.30pagi. Bersiap-siap untuk ke Naranag. Sejuk ketaq nak mandi. Tapi pagi ni air panas macam dah function sikit walaupun tak panas mana. Huhu. Bila semua dah siap, kami pon mula bergerak. Kenapa asyik kena gerak awal je? sebab nak elak curfew. Kalau siang sangat, nanti jalan tutup, takleh lalu. 

On the way balik ni, singgah lagi kat R&R haritu. Minum chai katanya, tapi seperti biasa, chai di abaikan. Masuk lagi kedai sebelah. Ada yang nak beli tambahan cenderahati. Pashmina sini a lot cheaper than Handicraft Emporium haritu. Maybe kualiti kurang sikit but still lembut dan cantik. Me just beli keychain shikara je. Tumpang sekali dengan barang Ibnor. Kat sini jumpa lah selimut yang Salman Khan pakai dalam Bajrangi Bhaijan tu. Si Zaha tu dok dilema nak beli ke tak. Ok ke tak?nak beli ke tak? hmm, harga RM200plus. Tapi nak pakai g mana pun?kat Malaysia panas kedengkang, tak berbaloi kot spend banyak tu end up tak guna. Akhirnya dia tak jadi beli. haha. 

Masa ni Irfan duk suruh kami cepat sebab tak mau gerak lambat sangat. Nanti apa-apa hal kat jalan susah. Semua dah settle, maka kami pun drift ke Naranag. Masa ni kereta kami terlajak simpang. So patah balik sikit & teruskan perjalanan. Dia punya simpang siur tu bole bikin mabuk. On the way ke Gypsy Valley Naranag ni, banyak nampak pokok padi huma. Cantik lanskapnya tapi dek kerana kelajuan kereta yang ahmat sahngat ittew, maka gambar semua blur. Aduhai. 

Selepas drift lebih kurang sejam lebih, sampailah ke Gypsy Valley tu. Kami stay kat rumah penduduk tempatan. Ala-ala airbnb lah ni agaknya. Rumah ni dua tingkat. Kayu campur batu. Masa sampai, tuan rumah tengah masak roti. Kami duduk kat hall bawah yang merangkap dapur juga. Masing-masing ambil turn posing konon-konon tolong masak roti, ada yang tunjuk skill tolong tebar, tapi apekan daya, koyak semuanya. Takde rupa roti pon. Kami dihidangkan roti & chai. Tapi chai sini rasa masin. Seriously tak boleh masuk. Lepas makan, ambil video "we love Kashmir" dalam bahasa Kashmir, posing sana-sini, kami diberi satu bilik kat atas. Selonggok semua kat dalam tu. Dalam bilik ada 1 katil. Besar juga biliknya. Bolehla melepak kat situ tengok pemandangan cantik sementara tunggu next aktiviti. Ada yang dah tak sabar nak petik epal. Yela, dari mula sampai dok tengok pokok epal kat tepi-tepi rumah tu berbuah lebat. Mau tak geram. 

Masa ni bincang punya bincang, geng nak ponnyride lagi. Nego nego harga dapat Rs600. Dok dilema nak naik ke tak, akhirnya decide naikla juga. Sementara dorang prepare ponny, kami turun bawah bergambar. Kat kawasan bawah ni pun ada sungai. Tapi jauh sangat nak turun ke sungai. So ambil gambar dari atas jelah. 

Masak roti dan bakar jagung
Sesi ramah mesra dan makan-makan

Sungai kat bawah tu air biru
Wonderful view

Lepas breakfast (roti bakar & egg yang dibuat oleh Salim/Irfan) dan ponny dah ready, kami ke tempat start ponnyride. Tempat parking kereta tadilah. Kena mendaki sikit. Semput jugalah. Am the last person untuk sampai ke atas. Keadaan muka bumi berbukit-bukit ni memang mencabar. Naik ponny yang dia bagi ni, tak taulah kenapa rasa tak best. Horseman kali ni muda betul. Budak2 kampung ni agaknya. Mungkin family members tuan rumah yang kami tinggal juga. 

Start ponnyride ni kami lalu kawasan jalan biasa dulu, melalui kawasan-kawasan rumah, kedai. So singgah beli mineral water kejap. Trek ponnyride bermula dengan melalui kawasan runtuhan kuil lama. Masa ni my ponny tak nak jalan, pastu tergelincir, menyenget tak tentu arah. Last-last bagitau nak turun. Orang tu bagi jelah. So jalan kaki hingga sampai area mendaki semula, baru naik kuda balik. 

Track

Trek kali ni lagi mencabar. Memang sebelah tu gaung je banyak & kat bawah nun sungai. Seriau tak yah cerita. Dengan ponny yang agak degil. Huhu. Masa tengah jalan ni, boleh pulak ponny zul berak terkena kasut ku. Adeh. Sabau yo lah. Huhu. 

Kami stop dekat satu tempat yang ada khemah Gypsy people. Nama pon Gypsy Valley kan. Kat sini ada beberapa khemah org Gypsy ni. Dorang ni hidup nomad. Since musim dah makin sejuk, so dorang bergerak dari gunung ke tempat yang lebih rendah lah. Masa kami sampai ni, bertempiaran budak-budak kecik anak-anak orang gypsy ni lari. Nak ambil gambar memang susah mula-mula tu. Tapi Nanna umpan bagi gula-gula, menderu datang. Mula-mula elok ambil sorang satu, tapi sedar-sedar je, zasssss..dengan bekas-bekas clorets tu kena sambar. Huhu. Pastu bolehla ambil gambar dengan dorang. Tapi masa kami dok bergambar sesama kami ada budak-budak perempuan datang panggil "didi, didi" pastu tunjuk bibir. Kami ni mula-mula tak faham, tapi akhirnya fahamlah. Minta lipstik rupanya. Ku dok fikir, bibir ku ni ada lipstik ke yang dia dok minta lipstik, tengok2 dah takde pun. Kami bagitau la takde. Pastu panggil lagi, tunjuk muka pulak. Nak bedak/krim ke hape ntah. Rimas juga dok datang-datang & minta macam-macam. Tapi kesianla juga. They don't have proper education dan cara hidup nomad ni pun is a struggle kan. Lepas dah spend time kat situ dalam 15-20minit, kami teruskan perjalanan. 

Part meneruskan perjalanan ni tragedi sikit. Masa nak naik semula ponny, horseman tu suruh naik dekat area ada batu, at least tinggi sikit, so takdelah kena push diri sendiri lebih sangat. Tapi masa nak naik tu, ponny bergerak menjauh. Dah cane nak naik pulak. Horseman tu suruh keluarkan dulu kaki yang dah sedia tersangkut kat tempat letak kaki tu untuk dia adjust balik ponny, tak sempat nak tarik keluar, ponny tu bergerak lagi. Ape lagi, tergoleklah makcik. Jatuh betul2 pulak pinggul kena batu kecil. Aduhai. Sakit. Geng lain, ada yang perasan, ada yang tak perasanlah. Si Zaha & Ibnor dok wat2 joke la. Kata tiba2 dengar gedebuk. Ciss!! Pastu dah rasa seriau nak naik, so jalan je. Pastu horseman suggest tukar kuda lain. Tukar ngan kuda ibnor kot. Okay jela tapi gerun tu ada lagi. Dengan jalan curam semua. Ibnor memang cakap ponny tu degil sikit. Ada sekali tu siap macam nak masuk gaung lagi, nasib baik horseman sempat tarik. Kami teruskan perjalanan sampai 1 jambatan. Boleh je nak naik hike lagi, tapi semua pun dah tak mau. Macam hutan sangat je kawasan lepas jambatan tu, dan sangat mendaki. 

Kami melepak jelah tepi sungai ni. Nampak local people dok main terjun tiruk dari jambatan. Si geng lelaki pun nak mandi sungai juga. Mula-mula macam segan, tanya kami boleh tak nak mandi. Haha. Mandi jelah. Zul, Ibnor & Zaha mandi sungai. Qayyum tu nampak gaya macam teringin tapi tak jadi. Tapi dorang pun tahan dalam 5-10 minit je kot. Sejuk sangat air dia. Pastu dok tersadai jadi dugung sangkut tepi batu nak tunggu baju kering. Pastu kami pun bergerak untuk balik

Masa on the way balik ni, Salim yang jaga aku ngan ponny. Dia tau cek dah seriau kot. Masa nak naik ponny tu pon dah teragak2. Siap budak2 laki jaga keliling ponny tu lagi masa aku nak naik. Adoi. Depa tak tau ke, depa jaga macam tu buat aku lagi segan. Buatnya terpelanting lagi, rasanya Ibnor tu tak tersambut pun haku ni. Dengan dia dia sekali tergolek. 2 kali nangka busuk jadinya karang. Haha. Oleh kerana dah fobia dan jalan balik pun berliku-liku, maka mulut ni agak bising sebab cuak. Tapi Salim cakap "Don't worry, if Salim with you, everything gonna be OK". Huhu. Yeah. Memang macam tu pon. Rasa selamat Salim jaga dari horseman tu jaga. Masa ni pun belakang seriously sakit mencucuk2, pinggul yang kena batu tu pun sakit rasa macam lebam. Huhu. 

Kami singgah makan kat 1 restoran ni. Mountain View amende ntah namanya. Tapi tak nampak view ape pon. Dinding tinggi amat, cane nak nampak view Mountain seperti digembar-gemburkan pada nama kedai tu. Haha. Tapi kedai ni pun baru nak siap rasanya. Sebab kat belakang tempat kami tumpang basuh tangan boleh nampak masih dalam proses pembinaan. Food dia serious sedap. 1st time makan bertambah kot. K.Maya & Jack datang join kami makan since dorangkan tak ikot ride. Pastu ku ngadu ngan K.Maya pasal jatuh Ponny. Budak-budak laki cerita sambil buat joke, tapi kena marah dengan K.Maya. Huh. Padan muka! sakit tau. Tengok lengan ada lebam. Belakang tak berani nak tengok. Huhu. Tapi minta thirah tolong letakkan patch tiger balm nak kurangkan sakit bila da sampai rumah. Masa berehat petang ni, kami diberi 1 bilik lain. Selesa la sikit nak berguling-guling. Kalau sebilik dengan budak laki tu lagi, kejung jela rasanya. Masa ni K.Maya membuat sesi luahang perasaang pasal peristiwa yang berlaku masa kami takde (bukan untuk perkongsian umum, jadi takmau tulis..haha)

Lepas dah rehat-rehat, solat, p toilet, kami konon-konon nak petik apple pulak. Tapi before tu, nak cerita part toilet dulu. Haha. Toilet rumah ni memang epic betul. Berlubang sana-sini dan yang paling gerun, lubang tu betul-betul boleh see through ke tempat pelaburan sedang dijalankan. Jadi, untuk ke toilet, kami kena pergi berpasangan. Sebab sorang kena jaga kat luar untuk tutup segala lubang-lubang yang ada. Sweater K.Maya jadi penyelamat bumi kali ni. Haha. Everytime ke toilet memang kena macam tu. Dorang kata ada 1 toilet lagi kat luar rumah, ku ingatkan OK. Tapi lubang sana-sini jugak. Jadi, memang kena bertabah. Pelaburan dilakukan dengan hati yang kurang tenang. Muahahahaha. 

Berbalik pada acara petik epal pulak. Kami yang jakun ni bersungguh-sungguhlah panjat tebing untuk sampai tempat pokok epal tu. Qayyum paling hebat sekali sebab pakai kain pelikat. Nasib tak terburai kat situ. Dah berjaya panjat tebing, masing-masing pun excitedlah pilih pokok epal untuk berposing dengan gaya kengkonon tengah petiklah, tengah nganga nak makan dari pokoklah, yang panjat pun ada. Masa tengah memberi sokongan kat Nanna yang sedang panjat pokok & Zul sibuk ambil gambar aksi-aksi Nanna posing kat atas pokok, datang seekor anak lembu berlari-lari ke arah kami. Kami ape lagi, berterabur lari lintang-pukang. Nanna da selamat tersangkut atas pokok tu. Ibnor pun dah selamat kat atas pokok sebelah sana. So tak perasan pon kami yang tengah lintang-pukang ni. Masa lari-lari ni, Thirah cakap sebab bajuku color merah. Aduhai. Betul ke?Haha. Elok dah berenti, tiba-tiba dia kejar lagi. Kami lari la lagi, ku dah nak sampai ke tebing. Nasib tak terjun je. Lari sampai lupa lah belakang sakit jatuh kuda tu. HAHAHAHAHA. Bila ingat-ingat balik, mengekek gelak. Dalam cemas-cemas ni, datanglah penyelamat bumi kami si Salim. Dia alihkan lembu tu. Kami pun sambunglah aktiviti bergambar dan petik buah epal. Tapi masa ni, tuan kebun tu macam muka tak puas hati je, amende ntah dia cakap ngan Salim. Muka Salim pun da semacam. End up mood kami pun dah kelaut, semua decide balik rumah. Huhu. 

Gypsy People

klik-klik sana sini

 
Pose!

 
Sungai air biru/hijau. Sejuk gila sebab ni dari gunung sana, glasier yang cair masuk sungai ni.

 Dah kat rumah tu, kami lepak jelah kat luar rumah. Ambil-ambil gambar kat celah pokok jagung, tengok wife orang rumah ni kutip kacang kat celah-celah kebun jagung dan tengok Irfan bakar jagung. Masa dok bergambar sakan ni, tetiba nampak anak lembu tadi datang. Berselerak lari semua orang. Haha. Tapi ada tuan rupanya kat belakang. Nak bawa anak lembu masuk kandang. Aduhai. Macam-macam pesen. Lepas dah bertenang tu, kami pun makanlah jagung yang siap di bakar tu. Masa ni juga datang seplastik buah epal. Sebab Jack & Ibnor dah pegi bayar dekat pakcik kebun tu. Dia pun dah senyum-senyum gumbira tak kisah dah kalau kami nak datang petik. Tapi kami dah majuk. Tak mau petik dah. Makan jela apa yang ada. Kat sini katanya glamor dengan Golden Apple, rasa dia lagi best dari epal biasa. Memang sodaplah makan epal yang fresh dari pokok kan. 

Pemandangan dari tempat kami lepak depan rumah

Kutip kacang

Budak2 ni kata kita "bohot achi hei", tapi ada orang kata, buta ke ape budak ni? CISSSS, jeles lettew!
Bersidai kat luar rumah makan epal & jagung bakar

Lepas makan semua, kami naik bilik rehat. Dah tak tau nak buat apa. Akan gerak balik pukul 9 malam. Tapi masa dok rehat-rehat tu Irfan datang ketuk bilik kata dah boleh balik pukul 7 sebab jalan dah clear. Apa lagi, mencicit lah kami bersiap dah tak sabar-sabar nak balik. Before balik kutip duit sikit sorang untuk bagi tips. Dorang buat tea bagi kami minum before balik. Yang ni boleh telan sebab tak masin.K.Maya & Nanna naik awal sebab K.Maya nak naik slow2, semput juga nak memanjat ke atas, dahla da gelap.


Bergambar sebelum balik

Masa nak ke kereta sambil-sambil memanjat tebing yang agak tinggi tu, ada borak-borak dengan Ibnor pasal gaji Salim. Aduhai, ingatkan 3 ribu rupee macam pendayung shikara tapi rupanya 700Rs je. Convert duit kita baru lebih kurang RM50 sebulan. Kerja punya teruk. Dia orang bukit, maybe lurus sikit so gaji pun tak banyak. On the way ke kereta ni pun Salim minta bawakan barang ku, mula-mula bagi satu tapi dia minta nak bawakkan semua. Aduhai. Baik betul. May Allah grant u with endless Rizq Salim. 

Perjalanan balik kami sangat-sangatlah horror. Laju tak payah cerita. Sampai satu kawasan, ada sekumpulan lelaki kat tepi jalan siap pegang batu.  Rupanya kereta Geng Boy hampir-hampir dibaling batu. Nasib baik tak jadi macam tu. Semua dalam kereta diam je, kepeningan sebab kereta laju sangat dengan jalan berliku-liku. Sampai houseboat semua dah mabuk. Me Alhamdulillah OK. 

Dah kat rumah Noora tanya nak makan terus or mandi dulu. Aku cakap after bath kami makan. Semua pon dah gelong, kalau terus makan mau keluar balik. Thirah pun pening teruk. So kat bilik tolong urut2 semua, kalau tak silap Thirah muntah kot malam tu. Kalau meloya pening ni, bila muntah baru lega.  

This is our last night in Kashmir. Esok flight ke Delhi pula. So lepas makan, kami start pack barang. Huhu. Sedih pula. Malam ni sempat call Shafi Invicta, agent Irfan based kat Delhi untuk tanya pakej transport last day kat Delhi nanti. Dapat Rs6000 1day pakej sekali airport transfer. Ok jelah. Dah susah nak cari-cari yang lain lagi dah. 

I don't know if i can ever move on from u, Beautiful Kashmir!